Setiap orang ada cara sendiri untuk menjahit
tudung . Disini saya ingin tunjukkan
cara yang saya gunakan untuk menjahit tudung chiffon Cincin 2 layer ini.
PENGENALAN
Tudung chiffon Cincin sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Disini saya
ingin memberi panduan kepada cik/puan
yang berminat untuk menjahit tudung chiffon Cincin 2 layer ini sendiri. Panduan
berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung Chiffon Cincin 2 layer
ini.
Sediakan kain chiffon. Kain chiffon boleh dibeli di Kamdar atau Jackel. Setiap
satu kain 1½ meter setiap satu.
LANGKAH 1
Sediakan kain chiffon dua layer iaitu A dan B seperti gambar di bawah.
A = bahagian atas
B= bahagian bawah
LANGKAH 2
Sediakan pola seperti A, B, di bawah. Untuk pola B kurangkan 1 inci daripada
pola A. Pola A hendaklah dipanjangkan daripada pola B.
Pola boleh dibentuk dengan menggunakan kertas keras, kertas minyak, kertas
suratkhabar atau apa-apa bahan yang sesuai.
LANGKAH 3
Lipat kain mengikut era menjadi sama besar untuk mendapat layernya.
Letakkan pola dan potong ikut lebihan 1 inci
untuk trim.
LANGKAH 4
Setiap layer yang dipotong kita snap sedikit di atasnya sebagai penanda.
Hasil kain yang dipotong seperti di bawah
LANGKAH 5
Ulang untuk warna yang berlainan
LANGKAH 6
Ambil kedua-dua layer tadi dan cantumkan kedua-duanya Kemudian bentang semula untuk
ditrim.
Pada bahagian yang disnap tadi lekatkan dengan jarum peniti.
LANGKAH 7
Cantumkan kain seperti di bawah
LANGKAH 8
Jahit untuk lekat kain tadi.
LANGKAH UNTUK MEMBUAT AWNING
LANGKAH 1
FULL AWNING
(i) Gunakan kain gam yang keras.
(ii) Kain pelapik pertama gunakan satin atau cotton
biasa.
(iii) Kain chiffon.
Potong awning mengikut pola 2 lapis kain untuk dilipat. Kemudian potong pelapik
gam seperti pola di bawah.
LANGKAH 2
Seterika awning dengan pelapik gam.
LANGKAH 3
Guna glu untuk melekatkan kain chiffon
LANGKAH 4
Seterika awning bersama pelapik gam seperti di bawah.
LANGKAH 5
Kemudian jahit bahagian depan untuk melekatkan kain chiffon dengan pelapik gam.
LANGKAH 6
Seterika sekali lagi untuk kemasan.
LANGKAH 7
Jahit sekeliling awning.
Hasil jahitan.
LANGKAH 8
Trim ikut betul-betul dengan pola awning di atasnya.
LANGKAH 9
Kemudian tanda di tengah-tengahnya.
STEP MEMBUAT CANTUMAN AWNING DENGAN KAIN
LANGKAH 1
Cantumkan:
(i) Ambil dua layer yang telah siap tadi dan lekat
dengan awning.
(ii) Dengan jarak ¼ inci kita jahit dan cantumkan
awning dengan 2 layer kain chiffon.
(iii) Seterika lagi.
LANGKAH 2
Jahit sekeliling awning
LANGKAH 3
Kemaskan dengan menjahit tepi biasa. Cantumkan kedua-dua layer dengan jarak 11.5 inci dari
atas awning ke bawah dagu (jarak dari A ke B).
LANGKAH 4
Jahit lebihan sehingga hujung untuk
setiap layer.
LANGKAH 5
Dari dagu jahit sekeliling awning. Setelah selesai, trim sekali lagi
untuk mendapat layer yang kemas dan cantik.
LANGKAH 6
Jahit tepi halus. Gunakan benang dengan color yang sesuai.
LANGKAH 7
Buatkan tapak untuk meletak brouch.
Tudung setelah diletakkan brouch.
LANGKAH 8
Tudung yang sudah siap. Sedap dipakai cantik dipandang.
SELAMAT MEMCUBA SEMUA :)